Tarikh: 2 Feb 2010
Masa: 12.30-1.10
Tempat: Pusat Akses SMKAPB

Mesyuarat kelab dimulakan dengan ucapan daripada Puan Shamsida dan Cik Norliza selaku Guru Penasihat Kelab Fotografi. Seramai lebih kurang 20 orang ahli telah menyertai kelab ini. Seterusnya, pemilihan AJK kelab bagi tahun 2010 diadakan. Saudara Tajul Ariffin (5G) telah dilantik sebagai Pengerusi Kelab dan dibantu oleh saudari Nur Hidayah (5G). Mesyuarat kelab ditangguh sehingga perjumpaan seterusnya.