Sebelum kita mula meneroka dunia fotografi, adalah amat penting memahami dan mengenali kamera digital kita. Oleh kerana perubahan teknologi, dari masa ke semasa, pembuat kamera mengeluarkan kamera yang lebih canggih dan berkemampuan tinggi. Apabila anda memiliki kamera, langkah pertama yang perlu diambil adalah menyesuaikan diri anda dengan mengetahui dan memahami komponen-komponen dan fungsi-fungsi kamera anda. Buku manual yang datang bersama kamera ini adalah bertujuan memberi panduan tentang komponen-komponen dan fungsi-fungsi yang biasanya terdapat pada digital kamera. Dengan memahirkan fungsi-fungsi pada kamera, ia dapat membantu kita menghasilkan gambar yang lebih baik.

Walaubagaimanapun, setiap pengguna harus membaca manual yang telah disediakan untuk kamera tersebut untuk mengetahui apakah dan di manakah kedudukan fungsi dan komponen kamera yang sebenar

JENIS-JENIS KAMERA DIGITAL

Secara umumnya, terdapat 2 jenis kamera digital yang sering digunakan dalam dunia digital fotografi, iaitu:

  • Digital Single Lens Reflex(DSLR)
DSLR
  • Compact Camera – atau juga dikenali dengan kamera ‘Point and Shoot
Compact Camera

Walau apapun kamera digital anda gunakan, asas pengendalian kamera tidak banyak berbeza.