Thursday, November 04, 2010
Basic Technique of Photography
Posted by
Kelab Fotografi SMKAPB
8:54:00 PM
Thursday, September 23, 2010
Peperiksaan Percubaan SPM
Posted by
Kelab Fotografi SMKAPB
10:40:00 PM
Tuesday, September 07, 2010
Bengkel Teknik Fotografi di IKBN Peretak 2010
Posted by
Kelab Fotografi SMKAPB
10:09:00 PM
Tarikh : 22 Mei - 23 Mei 2010
Tempat : IKBN Peretak, Kuala Kubu Bharu, Selangor
Pada hari pertama bengkel, para peserta telah diberi taklimat dan teknik-teknik yang betul untuk mengambil gambar dan mendapatkan hasil yang cantik. Selepas diberikan taklimat, para peserta dibawa ke kawasan Empangan Sungai Selangor, Kuala Kubu Bharu. Peserta diberikan kebebasan untuk mengambil gambar sambil diiringi oleh fasilitator-fasilitator dari IKBN.
Antara gambar-gambar yang diambil oleh peserta
Pada hari kedua bengkel dijalankan, para peserta didedahkan pula dengan "editing". Peserta diajar cara-cara mengedit gambar dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop dan Photoscape.
Sunday, August 15, 2010
Nota Asas Fotografi
Posted by
Kelab Fotografi SMKAPB
2:45:00 PM
First Club Project
Posted by
Kelab Fotografi SMKAPB
2:24:00 PM
Tarikh: 14 April 2010
Masa: 3.00 ptg
Tempat: Pusat Akses SMKAPB
Sebagai projek pertama, setiap ahli kelab dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diminta bekerjasama dalam kumpulan untuk menghasilkan satu tugasan yang diberi oleh Guru Penasihat.
- Setiap kumpulan perlu mengambil gambar papan kenyataan badan unit beruniform, kelab dan persatuan, dan permainan mengikut kreativiti masing-masing.
- Gambar yang telah diambil perlu diterangkan dalam 'presentation' masing-masing.
Hasil (sila klik link dibawah) :
Pertandingan Papan Kenyataan
Posted by
Kelab Fotografi SMKAPB
12:49:00 PM
Masa Pelaksanaan: Feb - Mei
Tempat: SMK AMPANG PECAH (BESTARI)
Setiap badan unit uniform, persatuan dan kelab, dan permainan dikehendaki terlibat dalam pertandingan papan kenyataan peringkat sekolah bagi tahun 2010. Setiap ahli Kelab Fotografi saling bekerjasama bagi menjayakan program ini dan mencapai objektifnya. Hasilnya, dapat dilihat semangat dan pengorbanan setiap ahli tanpa mengira penat lelah masing-masing yang sanggup mengorbankan masa dan wang masing-masing.
Walaubagaimanapun, tidak terkecuali juga kelab-kelab yang lain yang bertungkus-lumus mencantikkan dan mengisi segala maklumat di papan kenyataan masing-masing. Semuanya bertujuan ingin menang tapi objektif utama pertandingan ini diadakan adalah bertujuan untuk mencantikan kawasan sekolah dan memupuk semangat bekerjasama di kalangan guru dan pelajar.
Perjumpaan Kelab Kali ke-2
Posted by
Kelab Fotografi SMKAPB
12:40:00 PM
Tarikh: 31 Mac 2010
Masa: 3.00 ptg
Tempat: Pusat Akses SMKAPB
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi kelab, saudara Tajul Ariffin. Sebagai kelab yang baru ditubuhkan pada tahun 2010, Pn Shamsida telah memberi sedikit tentang pengenalan kelab, peraturan kelab dan fungsi ia ditubuhkan di sekolah. Logo Kelab Fotografi yang telah direka oleh Cik Norliza diperkenalkan kepada setiap ahli kelab.
Friday, August 13, 2010
Apa itu 'MODE'?
Posted by
Kelab Fotografi SMKAPB
4:14:00 PM
Mode pada kamera adalah perkara yang biasa diusik untuk mendapatkan sesuatu hasil yang dikehendaki. Untuk mendapatkan hasil gambar yang cantik, mode perlulah di 'setting' dahulu mengikut persekitaran. Sama ada tangkapan di waktu malam, teknik bokeh, dan juga fotografi sukan amat memerlukan setting mode yang sesuai supaya gambar yang diambil menepati ciri yang dikehendaki.
- A-DEP - (Automatic Depth-of-Field) mode.
Sekiranya anda memilih untuk menggunakan mode ini, kamera anda secara automatik akan menetapkan aperture yakni nombor ‘f-stop’ yang paling sesuai untuk membolehkan keseluruhan objek di dalam gambar yang anda ambil adalah sharp atau jelas. Kebiasaannya, mode ini digunakan sekiranya setiap informasi atau objek yang berada di dalam gambar itu adalah penting untuk kelihatan jelas seperti fotografi lanskap atau potret. - M - (Manual mode)
Mode ini menjadi kegemaran bagi penggemar kamera yang mahukan kelainan serta yang mahu belajar lebih dalam tentang kamera. Pada mode ini, pengguna akan mengawal penuh
i. aperture (bukaan blade lens),
ii. kelajuan shutter (masa yang diambil untuk buka dan tutup blade lens (bilah lensa) serta masa untuk cermin di hadapan sensor diangkat dan kembali kepada asal) serta;
iii. exposure (pendedahan kepada cahaya) - AV (atau A pada kamera Nikon) - Aperture priority mode (Aperture Value)
Peminat AV atau A ini adalah kebiasaannya terdiri daripada golongan yang sukakan bokeh (objek depan sharp, objek di belakang blur). Tapi aperture atau bukaan terluas adalah terhad kepada jenis lens, sekiranya lens tersebut mempunyai constant aperture atau bukaan kekal f/2.8, maka lens tersebut mampu menghasilkan bokeh yang umph! - TV (atau S pada kamera Nikon) - Time Value atau Shutter priority modeShutter Speed atau kelajuan rana (skemanye~
) adalah di mana masa yang diambil untuk cermin yang berada di hadapan sensor kamera untuk menerima cahaya dari objek atau pun masa bukaan dan tutupan bilah lens pada satu-satu kamera. Pendek kata :-
Lebih panjang masa kelajuan shutter, lebih banyak cahaya diterima oleh sensor dan lebih terang gambar tersebut (tertakluk kepada saiz aperture) dan kemungkinan untuk gambar terdapat kesan gegar mungkin ada.
Lebih pendek masa kelajuan shutter, lebih sedikit cahaya yang diterima oleh sensor dan kemungkinan gambar lebih gelap (tertakluk juga kepada saiz aperture) serta kesan gegar mungkin kurang atau tiada.
Contoh hasil penggunaan masa shutter yang panjang :-
- P - Program AE mode
Shutterspeed (exposure) dan Aperture di set secara automatik. Ini hampir serupa dengan mode automatik namun anda masih berkuasa untuk mengawal exposure dan akan disesuaikan secara automatik oleh kamera anda untuk saiz aperture mengikut pilihan exposure. - Ikon Empat Segi Panjang - Mode automatik.
- Ikon Wajah – Mode yang telah disetkan sesuai untuk potret atau gambar manusia.
- Ikon Gunung – Mode yang telah disetkan sesuai untuk fotografi lanskap serta permandangan.
- Ikon Bunga – Mode yang telah disetkan sesuai untuk gamba makro dan close-up (gambar dekat).
- Ikon Orang Berlari - Mode yang telah disetkan sesuai untuk fotografi sukan atau pergerakan pantas.
- Ikon Orang dengan Bintang atau Bulan - Mode yang telah disetkan sesuai untuk kegunaan fotografi di waktu malam.
- Ikon Kilat yang Dipangkah - Mode yang telah disetkan untuk memaksa kamera tidak menggunakan Flash.
SELAMAT MEMILIH MODE ANDA! ^_^
*dipetik dari http://www.fotogu.com/tutorial-gu/kenali-mode-pada-kamera/
Kenali Kamera Digital Anda
Posted by
Kelab Fotografi SMKAPB
3:18:00 PM
Sebelum kita mula meneroka dunia fotografi, adalah amat penting memahami dan mengenali kamera digital kita. Oleh kerana perubahan teknologi, dari masa ke semasa, pembuat kamera mengeluarkan kamera yang lebih canggih dan berkemampuan tinggi. Apabila anda memiliki kamera, langkah pertama yang perlu diambil adalah menyesuaikan diri anda dengan mengetahui dan memahami komponen-komponen dan fungsi-fungsi kamera anda. Buku manual yang datang bersama kamera ini adalah bertujuan memberi panduan tentang komponen-komponen dan fungsi-fungsi yang biasanya terdapat pada digital kamera. Dengan memahirkan fungsi-fungsi pada kamera, ia dapat membantu kita menghasilkan gambar yang lebih baik.
Walaubagaimanapun, setiap pengguna harus membaca manual yang telah disediakan untuk kamera tersebut untuk mengetahui apakah dan di manakah kedudukan fungsi dan komponen kamera yang sebenar
JENIS-JENIS KAMERA DIGITAL
Secara umumnya, terdapat 2 jenis kamera digital yang sering digunakan dalam dunia digital fotografi, iaitu:
- Digital Single Lens Reflex(DSLR)
- Compact Camera – atau juga dikenali dengan kamera ‘Point and Shoot’
Mesyuarat Agung Kali Pertama
Posted by
Kelab Fotografi SMKAPB
3:02:00 PM
Masa: 12.30-1.10
Tempat: Pusat Akses SMKAPB
Masa Itu Emas
Feeds
Temui Kami di Facebook ♥‿♥
Tentang Kami
Carta Organisasi
GURU PENASIHAT
☆ Pn Hjh Shamsida bt Mohd Nor☆ Cik Noorliza bt Zulkifly
AJK PELAJAR
Pengerusi: Tajul Ariffin b. Mauli AzamTimb. Pengerusi: Nur Hidayah bt Ramli
Setiausha: Rekha a/p Ganapathy
Naib Setiausha: Nurul Anis bt Abd Ghani
Bendahari: Anis Syafiqah bt Mohd Fadzil
Naib Bendahari: Nur Nabilah bt Kamar Zaman
AJK KECIL
- Khairani Adilah bt Mohammad Khalid
(Ting 1) - Nurul Farah Adiba bt Zaraiee
(Ting 2) - Siti Nurathirah bt Samat
(Ting 3) - Afiqah bt Abd Halim
(Ting 4) - Nurul Afiqah bt Abdullah Hamim
(Ting 5)