Thursday, November 04, 2010

Using Umbrellas as Light Modifiers






Using Reflector in Photography


Thursday, September 23, 2010


Tarikh: 23 Sep - 13 Sep 2010

Demam peperiksaan bagi pelajar tingkatan 5 telah pun bermula. Para pelajar tingkatan 5 ini sedang menduduki Peperiksaan Percubaaan SPM dimana mereka bakal menghadapi Peperiksaan SPM 2010 yang berlangsung pada bulan November nanti.




Diharapkan semoga pelajar-pelajar ini dapat menumpukan sepenuh perhatian dalam menjawab peperiksaan dan semoga berjaya.

Tuesday, September 07, 2010

Tarikh : 22 Mei - 23 Mei 2010
Tempat : IKBN Peretak, Kuala Kubu Bharu, Selangor


Pada hari pertama bengkel, para peserta telah diberi taklimat dan teknik-teknik yang betul untuk mengambil gambar dan mendapatkan hasil yang cantik. Selepas diberikan taklimat, para peserta dibawa ke kawasan Empangan Sungai Selangor, Kuala Kubu Bharu. Peserta diberikan kebebasan untuk mengambil gambar sambil diiringi oleh fasilitator-fasilitator dari IKBN.


Bunga

Semut

Burung

Antara gambar-gambar yang diambil oleh peserta


Pada hari kedua bengkel dijalankan, para peserta didedahkan pula dengan "editing". Peserta diajar cara-cara mengedit gambar dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop dan Photoscape.


KHALILI

HIDAYAH

AISYAH

TAJUL

AZRIN

Sunday, August 15, 2010

Tarikh: 14 April 2010
Masa: 3.00 ptg
Tempat: Pusat Akses SMKAPB

Sebagai projek pertama, setiap ahli kelab dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diminta bekerjasama dalam kumpulan untuk menghasilkan satu tugasan yang diberi oleh Guru Penasihat.

  1. Setiap kumpulan perlu mengambil gambar papan kenyataan badan unit beruniform, kelab dan persatuan, dan permainan mengikut kreativiti masing-masing.

  2. Gambar yang telah diambil perlu diterangkan dalam 'presentation' masing-masing.

Hasil (sila klik link dibawah) :

Masa Pelaksanaan: Feb - Mei
Tempat: SMK AMPANG PECAH (BESTARI)

Setiap badan unit uniform, persatuan dan kelab, dan permainan dikehendaki terlibat dalam pertandingan papan kenyataan peringkat sekolah bagi tahun 2010. Setiap ahli Kelab Fotografi saling bekerjasama bagi menjayakan program ini dan mencapai objektifnya. Hasilnya, dapat dilihat semangat dan pengorbanan setiap ahli tanpa mengira penat lelah masing-masing yang sanggup mengorbankan masa dan wang masing-masing.

Walaubagaimanapun, tidak terkecuali juga kelab-kelab yang lain yang bertungkus-lumus mencantikkan dan mengisi segala maklumat di papan kenyataan masing-masing. Semuanya bertujuan ingin menang tapi objektif utama pertandingan ini diadakan adalah bertujuan untuk mencantikan kawasan sekolah dan memupuk semangat bekerjasama di kalangan guru dan pelajar.

Tarikh: 31 Mac 2010
Masa: 3.00 ptg
Tempat: Pusat Akses SMKAPB

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi kelab, saudara Tajul Ariffin. Sebagai kelab yang baru ditubuhkan pada tahun 2010, Pn Shamsida telah memberi sedikit tentang pengenalan kelab, peraturan kelab dan fungsi ia ditubuhkan di sekolah. Logo Kelab Fotografi yang telah direka oleh Cik Norliza diperkenalkan kepada setiap ahli kelab.